Header Ads

test

BANTUAN KHAS BARISAN HADAPAN DAN PENDUDUK PKPD MUKIM SELUANG ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah menyalurkan sumbangan Bantuan ...


BANTUAN KHAS BARISAN HADAPAN DAN PENDUDUK PKPD MUKIM SELUANG ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah menyalurkan sumbangan Bantuan Khas sebanyak RM200 kepada 9,162 petugas kesihatan yang menjadi barisan hadapan dalam menangani pandemik COVID-19. Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor jumlah keseluruhan sumbangan khas sebanyak RM1.8 juta. Beliau juga mengumumkan berkaitan pemberian bantuan COVID-19 RM200 kepada penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Mukim Seluang, Kulim. "Jumlah keluarga 2,306 dan jumlah peruntukan RM461,200. Ini bantuan COVID-19 yang paling besar dikeluarkan oleh kerajaan negeri menggunakan peruntukan khas Menteri Besar," ujar beliau kepada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/16/2020, 5:41:53 PM 

Tiada ulasan