Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI SALUR RM300 BANTUAN PELAJAR KE IPT ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor mengumumka...


KERAJAAN NEGERI SALUR RM300 BANTUAN PELAJAR KE IPT ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan akan menyalurkan RM300 bantuan pelajar ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). "Permohonan boleh dikemukakan melalui atas talian dan akan disalurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat dan Pusat Khidmat Penyelaras DUN. "Data-data tentang permohonan ini akan dikumpulkan di bahagian pinjaman di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan kita akan tapis data ini dengan agensi-agensi bantuan yang lain seperti Pejabat Zakat, Baitulmal dan PKWR," ujar beliau ketika sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini. Menurut beliau, tapisan ini dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya pengulangan pemberian sumbangan terhadap individu yang sama. Tambah beliau lagi, kerajaan akan bekerjasama dengan semua agensi untuk memastikan rakyat mendapat bantuan dengan sewajarnya. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/16/2020, 8:01:02 PM 

Tiada ulasan