Header Ads

test

BANTUAN PKPD DI KULIM ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan bantuan berupa bakul makana...


BANTUAN PKPD DI KULIM ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan bantuan berupa bakul makanan bernilai RM100 bagi satu keluarga akan disalurkan kepada 1500 buah rumah yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Kulim secara berperingkat. "Tadi telah disalurkan bantuan makanan asas yang bermula pada hari Khamis kepada 806 keluarga, setiap keluarga menerima bakul makanan bernilai RM100. Hari berikutnya seramai 694 keluarga lagi akan diagih sumbangan melibatkan lima taman perumahan. Jumlahnya seramai 1500 keluarga. Semua bantuan itu akan disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pejabat Daerah Kulim," ujar beliau dalam sidang media YAB Menteri Besar Kedah baru-baru ini. Menurut Haji Sanusi, individu mahupun pertubuhan yang terlibat dengan misi kemanusiaan yang ingin mengedarkan bantuan perlulah dikumpulkan melalui PKOB untuk agensi yang diberi kebenaran mengagihkannya. "Sampaikan bantuan di PKOB, PKOB akan uruskan dengan agensi-agensi yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk buat agihan, contohnya Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan juga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Polis," ujar beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/3/2020, 10:14:34 PM 

Tiada ulasan