Header Ads

test

KEBENARAN KELUAR DARI KAWASAN PKPD PERUMAHAN MUKIM SELUANG KE MESIN ATM SINTOK - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md No...


KEBENARAN KELUAR DARI KAWASAN PKPD PERUMAHAN MUKIM SELUANG KE MESIN ATM SINTOK - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa penduduk di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di taman perumahan Mukim Sungai Seluang, Kulim diberi keizinan untuk keluar ke mesin ATM yang berada di pinggir sempadan dengan pengawasan polis. "Polis akan bagi kupon dan nombor, individu tersebut akan pergi ke MEPS, ambil duit dalam tempoh dua kali sehari. Sesi pertama pada pukul 10 hingga 11. Sesi kedua pukul 1 hingga pukul 3" ujar beliau ketika sidang media selepas Program Majlis Ilmu, Budi, Bakti di Universiti Utara Malaysia, siang tadi. Menurut beliau kebenaran itu diberikan berikutan berlaku salah faham di pos keselamatan berhampiran, petang semalam selepas kerajaan melanjutkan perintah terbabit sehingga 24 Disember ini. Tambahnya, semasa membuat rangkaan kawasan PKPD di sembilan taman perumahan di Sungai Seluang, beliau beranggapan stesen minyak yang mempunyai ATM itu dalam kawasan PKPD, tetapi tidak ada. "Justeru, saya mengadakan mesyuarat bersama polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Pegawai Daerah, pagi ini dan memutuskan penduduk dibenarkan keluar untuk mengeluarkan wang tunai di situ," ujar beliau lagi. Menurut Haji Sanusi lagi, selepas setiap sesi pengambilan wang dijalankan, bomba akan melaksanakan sanitasi terhadap lokasi tersebut. Mesin ATM dan juga stesen petrol akan disanitasikan dua kali sehari. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/10/2020, 10:16:48 PM 

Tiada ulasan