Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PENYERAHAN KOMPUTER RIBA DAN PELAN DATA KEPADA PELAJAR B4O UUM SINTOK - Kerajaan Negeri komited dalam usaha menggerakkan penambah baikkan di dalam sektor Pengajian Tinggi di negeri Kedah. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berucap ketika Program Majlis Ilmu, Budi dan Bakti serta penyampaian komputer riba dan pelan data kepada pelajar B40 anak Kedah Universiti Utara Malaysia, hari ini. Beliau juga memetik titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah supaya UUM dapat mewujudkan Pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ketika istiadat Perasmian Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 14 pada April yang lalu. "Hasrat Tuanku juga bertepatan dengan usaha Kerajaan Negeri Kedah untuk membangunkan Bukit Kayu Hitam sebagai Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ). Saya difahamkan bahawa UUM akan bekerjasama dengan PKT Logistics Group Sdn.Bhd. untuk mewujudkan institut logistik di Bukit Kayu Hitam, yang akan menjadi pencetus kepada penggunaan teknologi yang lebih meluas di negeri ini, " ujar beliau. Tambah beliau, ramai pelajar juga mempunyai kesukaran dalam mendapat liputan internet khususnya pada waktu sekarang. "Sebab itulah Kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan 200 menara telekomunikasi baharu bagi menyelesaikan masalah capaian internet yang tenat dibeberapa daerah. "Saya telah pun mengemukakan usul berkaitan semasa bertemu Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam bulan September lalu," ujar beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/10/2020, 5:00:02 PM 

Tiada ulasan