Header Ads

test

KEDAH TEROKA SUMBER MINERAL BAHARU Alor Setar - Kerajaan Negeri Kedah membuat pendedahan penemuan sumber mineral baharu iaitu u...


KEDAH TEROKA SUMBER MINERAL BAHARU Alor Setar - Kerajaan Negeri Kedah membuat pendedahan penemuan sumber mineral baharu iaitu unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Kedah. Permit penerokaan turut diluluskan kepada sebuah syarikat tempatan bagi memulakan fasa eksplorasi. "Mengikut kajian mineral ini bernilai RM43 trilion tersimpan di bawah bumi negara kita. Majlis Tanah Negara yang bersidang dua bulan lalu telah meluluskan rangka dasar mineral negara untuk dimuktamadkan," ujar Menteri Besar Kedah. Perkara tersebut diumumkan oleh YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pagi tadi. "Kita telah meluluskan kerjasama sebuah syarikat yang berpengkalan di Kuala Lumpur untuk melakukan penerokaan yang diluluskan ni di sebuah kawasan di Sik," ujarnya lagi. Beliau turut memaklumkan unsur nadir bumi tersebut juga dijumpai di beberapa kawasan bandar di negeri Kedah, kawasan tadahan air Ulu Muda dan sedikit taburan di Baling. Namun kawasan yang berpenghuni tidak akan dijalankan proses eksploitasi dan akan terus dipelihara. "Kita harap Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dapat merangka langkah terbaik supaya kekayaan dan manfaatnya itu turut dapat dirasai oleh penduduk sekitar kawasan sumber mineral baharu itu ditemui," tambah Haji Sanusi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/2/2020, 8:30:11 PM 

Tiada ulasan