Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PEMAIN BADMINTON KELAHIRAN KEDAH SANDANG PEMAIN NOMBOR 10 DUNIA Pemain perseorangan badminton nombor 10 dunia, Lee Zii Jia berkelapangan menyertai perlawanan persahabatan bersama Menteri Besar Negeri Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor di gelanggang badminton Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar. Perlawanan persahabatan tersebut turut disertai oleh beberapa pegawai kerajaan dan penjawat awam negeri yang meminati sukan ini. Lee Zii Jia yang merupakan anak kelahiran Kedah ini telah menempa nama di persada dunia setelah memenangi beberapa kejohanan seperti memenangi pingat emas dalam Sukan Asia Tenggara pada 2019 lalu di Filipina. Pencapaian terbaru beliau ialah berada pada kedudukan nombor 10 dunia yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton (BWF) setelah mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan All England di Birmingham, Mac lalu. #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/2/2020, 7:00:13 PM 

Tiada ulasan