Header Ads

test

KERAJAAN KEDAH AMBIL MAKLUM KES COVID-19 DI PADANG TERAP ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor akan...


KERAJAAN KEDAH AMBIL MAKLUM KES COVID-19 DI PADANG TERAP ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor akan membawa segera isu berkaitan COVID-19 yang mula merebak semula dengan catatan enam kes ke mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri bagi membincangkan alternatif yang perlu diambil bagi menangani isu ini. "Saya nak bagi nasihat kepada rakan-rakan, saudara mara yang duduk di kawasan berisiko tinggi ini untuk bersabar. Tidak perlulah balik kampung sebab ada risikonya," ujar beliau ketika sidang media di Wisma Darul Aman bar-baru ini. Menurutnya, kes COVID-19 yang terjadi di Padang Terap baru-baru ini tercetus daripada individu yang bekerja di Pulau Pinang dan pulang ke kampung halaman. Beliau turut mengingatkan supaya kekal di rumah jika tiada keperluan mendesak. "Kalau ada risiko atau simptom, duduklah dirumah. Kalau ada keperluan keluar, barulah keluar. Kalau tidak ada keperluan, tak perlu keluar, " ujar beliau lagi. Haji Sanusi turut menyatakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) setakat ini belum diadakan melainkan kes meningkat kepada dua angka. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/18/2020, 1:00:24 PM 

Tiada ulasan