Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MEREALISASIKAN GAGASAN CORDOBA OF KEDAH ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah komited dalam menjadikan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS) sebagai 'Cordoba of Kedah'. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, YB. Brigedier Jeneral(B) Dato' Haji Najmi Haji Ahmad di Wisma Darul Aman, baru-baru ini. Semua perancangan dan kaedah giat diusahakan mengangkat peranan negeri Kedah ke arah kecemerlangan ilmu dan pembangunan insan yang diiktiraf dunia. Turun hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan, YB Dato Ustazah Ashah Haji Ghazali, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Yusri Haji Md Daud, pihak UniSHAMS dan Kumpulan Ilmuwan Kedah. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/18/2020, 3:00:31 PM 

Tiada ulasan