Header Ads

test

MENTERI BESAR KEDAH NASIHAT PERKUKUH PERPADUAN ELAK PROVOKASI PERKAUMAN Alor Setar - YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menasihati...


MENTERI BESAR KEDAH NASIHAT PERKUKUH PERPADUAN ELAK PROVOKASI PERKAUMAN Alor Setar - YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menasihati tindakan pimpinan parti Malaysian Indian Congress (MIC) yang telah mencetus spekulasi berkaitan isu kuil yang tidak mendapat kebenaran pembinaannya di tempat terlarang. Nasihat tersebut disampaikan beliau dalam sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah semalam. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan setiap parti yang sah penubuhannya setelah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), jika ada aktiviti parti yang melanggar undang-undang dan perlembagaan serta mencetus ketidak tenteraman awam, maka parti itu patut diharamkan. Seperti isu kuil yang dibangkit oleh MIC, apabila kuil dibina di tempat terlarang, adakah tindakan MIC monyokong pembinaan dan menghasut orang ramai melanggar undang-undang bertepatan dengan tujuan penubuhannya. Beliau turut berasa kesal dengan tindakan ramai pemimpin politik yang pernah memegang jawatan dalam kerajaan sepatutnya lebih memahami undang-undang tetapi bertindak menjadi penghasut kepada rakyat dengan menimbulkan kekeliruan terhadap situasi sebenar. "Kalau orang yang hidup dalam politik berdasarkan populariti, ikut sahaja kehendak orang ramai samada melanggar undang-undang atau tidak, orang itu sebenarnya tidak patut jadi pemimpin," ujarnya memberi penegasan kepada pemimpin politik yang terlibat. Menteri Besar turut menjelaskan lagi bahawa Islam bukan agama yang rasis dan tidak adil. Seperti dalam menentukan pembinaan surau dan masjid, ia mempunyai peruntukan undang-undang yang tetap dan sama untuk semua orang Islam seperti mengambil kira kelulusan Majlis Agama Islam, kelulusan tapak, bilangan anak kariah yang bersesuaian dan sebagainya. Tegasnya lagi, tugas seorang pemimpin mesti membawa orang ramai memilih jalan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang. Peraturan dan undang-undang itu berguna untuk mengekalkan keamanan, keharmonian dan susun atur di negara ini. "Pemimpin ialah orang yang boleh membimbing orang ramai patuh kepada peraturan, cinta kepada keamanan dan mematuhi susun atur yang disusun," ulas beliau lagi. Haji Sanusi berharap nasihat dan pesanan ini dapat menjadi peringatan buat para pemimpin untuk memahami kepentingan memandu rakyat mengikut undang-undang sedia ada dalam mentadbir sesebuah negeri atau negara. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/3/2020, 5:00:01 PM 

Tiada ulasan