Header Ads

test

PROGRAM BUBBLE TOURISM BAKAL DILAKSANAKAN ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menyampaikan hasra...


PROGRAM BUBBLE TOURISM BAKAL DILAKSANAKAN ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menyampaikan hasrat Qatar Airways kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yasin bagi melaksanakan Program Bubble Tourism di Langkawi. Menurut Haji Sanusi, Qatar Airways akan menubuhkan satu sistem kepada 190 negara yang bersih COVID-19 untuk dibawa melancong ke Langkawi. "Qatar Airways akan membina satu sistem, bagi orang yang nak datang ke Langkawi kena menjalani 'swab test', tempat tinggal, berapa lama nak duduk semua akan disusun oleh Qatar Airways," ujar beliau ketika sesi sidang media di Wisma Darul Aman, semalam. Maklum beliau, YAB Muhyiddin Yasin telah bersetuju dengan program yang dianjurkan ini dengan menekankan polisi Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelancongan. "Sebahagian besar negara yang bersih COVID-19 telah bersetuju untuk keluar dari negara masing-masing untuk datang ke Langkawi. Jika dasar Bubble Tourism ini diluluskan Qatar Airways berjanji akan mengadakan seminggu lima kali penerbangan terus dari mana-mana negara ke Langkawi," ujar beliau lagi. Jelas beliau lagi, jika diluluskan program ini sektor pelancongan di Langkawi akan pulih dan menjadi destinasi pelancongan di dunia. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/3/2020, 7:00:56 PM 

Tiada ulasan