Header Ads

test

MOCN SELESAIKAN MASALAH LIPUTAN INTERNET DI PEDALAMAN ALOR SETAR - Negeri Kedah menjadi perintis kepada pemasangan struktur men...


MOCN SELESAIKAN MASALAH LIPUTAN INTERNET DI PEDALAMAN ALOR SETAR - Negeri Kedah menjadi perintis kepada pemasangan struktur menara telekomunikasi yang berkonsepkan Multi-Operator Core Network (MOCN) pertama di Semenanjung Malaysia setelah siap pembinaanya di Kampung Kongsi 14, Bukit Selambau. MOCN merupakan konsep perkongsian menara pemancar di kalangan penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang dibina oleh pihak kerajaan. Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan perkara tersebut dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah petang tadi. Menurut beliau, projek tersebut dijayakan melalui pelaksanaan program Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). "Dalam Sidang DUN yang lalu, Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, YB Romani Wan Salim telah menjawab bahawa menara telekomunikasi tersebut akan disiapkan pada penghujung Disember 2020 tetapi ia telah berjaya disiapkan lebih awai iaitu 4 Disember tahun ini. Kini ia dapat digunakan oleh rakyat," ujar Menteri Besar Kedah. Melalui usaha ini, pihak Kerajaan bersama penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti U Mobile, Celcom, Maxis, dan Digi dapat bekerjasama secara kolektif bagi meningkatkan jaringan komunikasi dan capaian internet mudah alih di kawasan terlibat. MOCN dapat menjimatkan ruang dan juga kos pembinaan struktur menara telekomunikasi. Sebelum ini, pembinaan menara komunikasi menelan belanja yang besar serta mengambil kira permintaan perkhidmatan di kawasan setempat menyebabkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi kurang berminat untuk menawarkan perkhidmatan di kawasan pedalaman. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/9/2020, 10:22:47 PM 

Tiada ulasan