Header Ads

test

PBAPP TIDAK WAJAR PERSOAL PENGURUSAN SUMBER AIR NEGERI KEDAH ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah memaklumkan semua aktiviti yang...


PBAPP TIDAK WAJAR PERSOAL PENGURUSAN SUMBER AIR NEGERI KEDAH ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah memaklumkan semua aktiviti yang dijalankan di Ulu Muda yang membekalkan bekalan air mentah kepada tiga negeri telah mengambil kira kepentingan rakyat dan dan alam sekitar. Beliau turut menegaskan bahawa tindakan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menceroboh, mempersoalkan pengurusan sumber air negeri Kedah serta tidak membayar bekalan air mentah kepada Kerajaan Kedah adalah tidak wajar. "Tindakan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sebagai sebuah syarikat berdaftar yang mendapat bekalan air mentah secara percuma dari kawasan tadahan air Kedah, tetapi memberi komentar yang melangkaui bidang kuasanya adalah tidak wajar," ujar Menteri Besar Kedah,YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor ketika sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini. Haji Sanusi memaklumkan lagi, Pulau Pinang menggunakan 1,100 juta liter padu (MLD) sehari sedangkan Kedah hanya menggunakan sebanyak 800 ribu liter padu. Kerajaan Kedah telah membuat beberapa kali tuntutan kepada Kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM50 juta setahun kerana Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri tetap perlu membayar kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) bagi mendapatkan bekalan air mentah dari Ulu Muda. "Ulu Muda ni adalah kawasan dalam negeri Kedah, di bawah bidang kuasa dan kedaulatan negeri Kedah. PBAPP tidak boleh menceroboh masuk ke hutan dan tanah milik Kedah serta ajar kita (kerajaan Kedah) apa yang boleh apa yang tak boleh. Tanah Kedah adalah hak kedah, kita akan buat apa yang terbaik untuk pembangunan, kebajikan negeri dan rakyat kedah," ujar beliau lagi. Menteri Besar Kedah berkata pihaknya akan sentiasa memastikan kawasan tadahan air tersebut dalam keadaan baik bagi menjamin bekalan air yang mencukupi dan selamat untuk diproses bagi digunakan oleh rakyat. "Kita faham dan kita tahu tanggungjawab kita sebagai kerajaan untuk melindungi bekalan air untuk rakyat dan negeri jiran yang menumpang rahmat daripada usaha kita menyimpan kawasan tadahan air Ulu Muda," tegas beliau. Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Ir Jaseni mendakwa penerokaan berskala besar di Ulu Muda akan menyebabkan tiga buah negeri jiran dalam bahaya. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/9/2020, 7:57:37 PM 

Tiada ulasan