Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KERAJAAN SOKONG PORTAL E-ULANG KAJI DILAKSANAKAN ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah menyokong Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dalam membantu sektor pendidikan di Kedah khususnya kepada pelajar tingkatan lima yang akan menghadapai Sijil Pelajaran Malaysia. Pengerusi GPMS Kedah, Asril Ariff Abdul Malik beserta rombongan membuat kunjung hormat bertemu Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman, semalam. Pertemuan ini adalah bagi melancarkan gimik Jelajah Obor Portal E-Ulang Kaji yang dilaksanakan kepada semua 66 sekolah di Kedah. "Pemilihan pelajar dan sekolah tu. Di kawasan bandar sekolah dipilih oleh kami sendiri manakala pelajar dipilih oleh pihak sekolah. "Disebabkan penularan pandemik COVID-19 ini, adalah satu inisiatif daripada GPMS dan juga dibantu oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pendidikan Malaysia," ujar beliau. Menurut beliau peruntukan yang digunakan sebanyak RM5 ribu untuk pelaksanaan Portal E-Ulang Kaji. Maklum beliau lagi, pemilihan sekolah ini dilihat berdasarkan kawasan yang mudah untuk mendapat capaian internet bagi memudahkan urusan penggunaan akses portal. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/10/2020, 1:00:01 PM 

Tiada ulasan