Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Rumah Lindungan Raja Sedim begitu terkenal sebagai destinasi perkelahan dan pusat rekreasi arus deras di utara tanah air. Tambahan pula, adanya 'Tree Top Walk' iaitu titian sepanjang 950 meter antara yang terpanjang di dunia berjaya melonjakkan nama Sedim dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara. Kewujudan sebuah rumah lama telah memberi nilai tambah kepada Sedim di samping popular sebagai pusat rekreasi, Rumah Lindungan Raja ini dipilih oleh Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj untuk menyelamatkan ayahandanya, Sultan Kedah ketika itu, Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan dijadikan tempat berlindung sewaktu penaklukan tentera Jepun. Rumah tersebut pada asalnya adalah milik bekas penghulu mukim Sedim, Mohd Yasin Abdul Mutalib. Ia dibina pada tahun 1934. Sultan Kedah ke-28, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika itu baginda baharu berusia 14 tahun turut menyertai Sultan Abdul Hamid berlindung di rumah berkenaan. Tanggal 12 Januari 1962, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan Kampung Sedim sebagai Kampung Lindungan Raja dan rumah milik Penghulu Mukim Sedim ketika itu dikenali sebagai Rumah Lindungan Raja atas pengorbanan serta bantuan penduduk Kampung Sedim yang melindungi Tuanku Sultan. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/11/2020, 3:00:11 PM 

Tiada ulasan