Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


LAWATAN SUSULAN KEJADIAN TANAH RUNTUH SINTOK - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, YB Halimaton Shaadiah Saad membuat lawatan susulan ke tapak kejadian tanah runtuh di Lorong Tok Nyan Kampung Batu 15 semalam. Kejadian ini telah berlaku sejak beberapa bulan yang lalu. Pengusaha chalet berdekatan telah membina kayu-kayu penghadang sementara bagi menghalang tanah menggelongsor terus ke dalam sungai. Namun sejak kebelakangan ini, cuaca yang tidak menentu, hujan lebat telah menyebabkan keadaan semakin buruk. Hal ini turut membimbangkan penduduk kawasan berdekatan. Permasalahan ini juga harus ditangani dengan teliti kerana melibatkan keselamatan penduduk di sekitarnya. Turut hadir Pegawai Daerah Kubang Pasu, Mohd Aroff bin Darus, Penghulu Mukim Temin, Azahari Shafie, Ahli Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Mohd Anas Nordin. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/11/2020, 3:05:07 PM 

Tiada ulasan