Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PROJEK BERIMPAK TINGGI DITERUSKAN BAGI KELANGSUNGAN EKONOMI NEGARA ALOR SETAR – Kerajaan negeri tetap dengan pendirian akan meneruskan projek berimpak tinggi walaupun negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19. Menurut Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff beliau tidak bersetuju dengan kenyataan ADUN Jitra tentang penangguhan projek berimpak tinggi akibat pandemik COVID-19 terjadi. Beliau mengulas perkara tersebut di dalam Wacana Analisis Bajet 2021 bersama ADUN Bandar Baharu, YB Dato' Norsabrina Mohd Noor dipengerusikan oleh ADUN Belia Kedah, Ammar Naufal Hakimi yang berlangsung di Pejabat Urus Setia Penerangan Darul Aman, baru-baru ini. "Jika projek berimpak tinggi ini berlaku, ia akan merancakkan ekonomi negeri. Dengan kerancakan ekonomi ini barulah pendapatan rakyat banyak peluang kerja yang boleh terhasil daripada projek berimpak tinggi itu. Kita tidak boleh nak fokus tentang pembelaan rakyat tanpa memberi tumpuan yang sama kepada pembangunan ekonomi negeri," ujar beliau. Menurut beliau lagi, kerajaan negeri melakukan idea yang baik apabila tidak membuat perubahan yang drastik seperti rombakan jawatan penjawat awam secara besar-besaran dan ini juga memudahkan urusan pelaksanaan Bajet 2021 dengan baik. YB Sabrina juga mengulas berkenaan dengan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP). Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor bertungkus-lumus untuk menjayakan projek KXP sehingga diluluskan 27 Oktober 2020 sebelum berlangsung Sidang Dewan Undangan Negeri. "22 bulan ni yang saya nak kata, kita perlu mempunyai pendorong politik yang baik, yang hebat, seperti YAB Menteri Besar kita sekarang ini. Saya mengucapkan tahniah kepada MB kerana dia adalah pemimpin yang boleh meneruskan projek KXP ini," ujar beliau. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/8/2020, 3:47:18 PM 

Tiada ulasan