Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MB KEDAH SERTAI KAYUHAN BASIKAL BELIA SEJAHTERA SIK - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkesempatan menyertai acara kayuhan basikal di program Kayuhan Belia Sejahtera di Komplek PAS Sungai Pau di sini, hari ini. 64 peserta menyertai kayuhan santai ini dengan anggaran 25 kilometer bermula dari Kompleks PAS Sungai Pau. Matlamat program ini diadakan adalah memupuk semangat perpaduan dan beramah mesra bersama rakyat. Haji Sanusi juga sempat menziarahi dan menyampaikan sumbangan kewangan kepada tiga pesakit ini antaranya Noor Zahirani Mansor, 46 yang mengalami penyakit strok, Muhammad Muizzuddin Abdul Suid, 22 dan Muhammad Syazwi Akhaayat, 24 Orang Kurang Upaya (OKU). "Saya bangga dengan program sebegini diadakan supaya kawasan kita ni meriah dengan belia, wanita dan orang tua. Kita tengok masa kayuhan tadi jalan rosak, kita akan usahakan supaya dapat diperbaiki dengan elok," ujar beliau. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, YB Mohd Firdaus Ahmad, Ahli Parlimen Sik, Mohd Tarmizi Sulaiman, ADUN Belantik, YB Haji Md Isa Shafie, Pengarah Pejabat Pembangunan negeri Kedah, Dr Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Abdul Aziz Abdul Rahman, Pegawai Daerah Sik, Mahamad Suhaimi Man dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Sik. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/28/2020, 2:34:45 PM 

Tiada ulasan