Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MAJLIS PENYERAHAN INSENTIF PERTANIAN DAERAH BALING BALING - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, YB Azman Nasruddin merasmikan Majlis Penyerahan Insentif Pertanian Bandar di bawah Program Penjana Peringkat Daerah Baling tahun 2020 di Perkarangan Pejabat Pertanian Daerah Baling baru-baru ini. Program ini merupakan kerjasama Pegawai Seranta (FELDA) Exco Pertanian Parlimen Baling. Turut hadir ADUN Bayu, YB Haji Nasir Idris, ADUN Kuala Ketil, YB Mejar (B) Mansor Zakaria, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Negeri Kedah, Hafizah Abdul Rahman, Pegawai Daerah Baling, Haji Shahadan Haji Abdullah,Pegawai Seranta EXCO Pertanian Parlimen Baling, Mohd Aziz Sukri Mohamed Amin dan Pegawai Pertanian Daerah Baling, Nor Azlina Jamil. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/19/2020, 1:00:41 PM 

Tiada ulasan