Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Sekolah Kebangsaan Titi Gajah dahulunya dikenali Sekolah Melayu Titi Gajah ditubuhkan sebelum Perang Dunia Pertama iaitu tahun 1909. Awalnya, persekolahan hanya bermula dari darjah 0 hingga darjah 4. Sebuah bangunan yang berbumbungkan atap nipah, berdindingkan pelepah nipah serta berlantaikan tanah liat menjadi tempat lebih kurang 100 murid menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Kerajaan membina sebuah lagi bangunan yang lebih sempurna, iaitu bangunan batu, bumbung genting dan lantainya papan apabila murid mula bertambah. Bangunan asal dirobohkan setelah pembinaan siap. Kesedaran pendidikan mula meningkat dan bilangan murid makin bertambah seiring bilangan penduduk sekitar Titi Gajah. Bangunan baru terus dibina bagi menampung keperluan semasa. Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah merasmikan bangunan baru dua tingkat pada tahun 27 Jun 1970. Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan adinda baginda Almarhum Tunku Haji Abdul Malik juga merupakan antara bekas murid Sekolah Kebangsaan Titi Gajah. Sekolah Kebangsaan Titi Gajah kini telah terpilih sebagai sekolah tranformasi. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/19/2020, 3:17:47 PM 

Tiada ulasan