Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PROGRAM TAKLIMAT BINA RUMAH MUDAHKAN URUSAN RAKYAT KUALA NERANG - 130 penduduk hadir ke Program Taklimat Rumah Mesra Rakyat dan Rumah Prima anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pedu baru-baru ini. Program ini dirasmikan oleh ADUN Pedu, YB Haji Mohd Radzi Md Amin yang diadakan di Tapak Pekan Nat Naka dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat. Menurut beliau, kediaman tempat tinggal sangat diperlukan oleh penduduk DUN Pedu. Beliau turut mencadangkan agar pihak kerajaan membina perumahan di kawasan Naka bagi memenuhi keperluan asas iaitu rumah penduduk di DUN Pedu. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/26/2020, 9:00:10 PM 

Tiada ulasan