Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PROJEK MEGA KEDAH BERI IMPAK TINGGI KEPADA RAKYAT ALOR SETAR - Projek mega negeri Kedah yang dibentangkan di dalam Belanjawan Kerajaan Persekutuan memberi impak tinggi kepada rakyat negeri Kedah. Ulas Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Air dan Sumber Air, YB Dato' Suraya Yaacob ketika sesi Bicara Rakyat bersama Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Muhammad Mat Yakim yang dipengerusikan oleh Peguam, Ibrahim Haji Ismail bertempat di Pejabat Urusetia Penerangan Darul Aman (UPDA) baru-baru ini. "Perkara pertama Kulim Hi-tech Park fasa lima yang diteruskan merupakan fasa yang terakhir dan fasa yang terbesar yang akan dibuat. Kemudian jalan Gerik Kulim, ini jalan terbesar yang telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan. Satu lagi adalah loji. Projek ini akan menanggung industri Kedah dan kemudiannya satu lagi projek ikonik Baling dan Yan. Ini pembangunan keusahawanan yang dibuat khas untuk Baling dan Yan yang akan mendapat impak penting kepada kawasan luar bandar seperti Baling dan pastinya Sik akan dapat nikmat bersama sebab kawasan persempadanan dan kemudiannya Yan kerana ini kawasan pelancongan, " ujar beliau. Tambah beliau lagi, walaupun ada wakil rakyat yang mempersoalkan kenapa projek-projek mega ini diteruskan walhal projek-projek ini adalah ladang pendapatan rakyat tanpa menafikan kepentingan usaha menangani COVID-19. Menurut Muhammad pula, berkenaan dengan isu penerokaan 'rare earth elements' (REE) adalah permulaan kepada penerokaan awal tentang kewujudan REE di daerah Sik dan Baling dan bukanlah penerokaan membuta tuli. Susulan daripada itu timbul beberapa isu mengatakan bahawa Haji Sanusi membuat helah untuk menebang balak dan 'belat sungai'. Maklum beliau lagi, Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor bertegas menuntut mengeluarkan kenyataan tentang 'belat sungai' adalah satu gurauan. Hal ini kerana Kerajaan Negeri masih waras dalam mengeluarkan pendapat dalam sesuatu isu. "Akan tetapi hal berkaitan 'belat sungai' tu yang menjadi isu besar. Para netizan pakat jadi pakat gali bumi hurai macam-macam nak lombong bumi, tebang balak. MB pun dah keluar kenyataan bahawa tidak akan ada pembalakan yang berlaku terutamanya di kawasan tadahan di Ulu Muda, " jelas beliau. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/27/2020, 7:00:20 PM 

Tiada ulasan