Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


EMPAT PENERIMA SIJIL BANTUAN BINA BARU RUMAH PPRT DUN JENERI SIK - Seramai empat penerima sijil Bantuan Bina Baru Rumah Program Perumahan Rumah Termiskin (PPRT), Kementerian Luar Bandar yang disampaikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor di dalam program Ziarah Kasih icareU Pejabat Pembangunan Negeri Kedah DUN Jeneri di sini, hari ini. Penerima tersebut ialah Mohamad Hafiz Sharif di Kampung Berona Kiri, Zakaria Sulaiman di Kampung Kuala Ruman, Che Putih Zakaria di Kampung Kuala Ruman dan Muhamad Suhemi Mat Said di Kampung Gajah Puteh. Di dalam program ziarah ini juga disertakan dengan penyampaian bakul makanan dan pemasangan 'plague' Program PPRT dan Program Baik Pulih Rumah PPRT. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, YB Hajah Halimaton Shaadiah Saad, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah Dr Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian dan Pegawai Daerah Sik, Mahamad Suhaimi Man. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/28/2020, 10:00:45 PM 

Tiada ulasan