Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PROGRAM 'BACK TO SCHOOL' ANJURAN YAYASAN SALLEH SAIDIN BANTU RAKYAT TERJEJAS COVID-19 ALOR SETAR – Yayasan Salleh Saidin telah menganjurkan program 'Back To School' yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Hotel Seri Malaysia hari ini. Pengerusi Yayasan Salleh Saidin berkata, pemberian sumbangan ini adalah untuk membantu rakyat disebabkan dengan cabaran pandemik Covid-19 yang menyebabkan ramai rakyat kehilangan pekerjaan. Menurut Haji Sanusi, beliau mengalu-alukan pihak dan agensi untuk menganjurkan program sumbangan untuk membantu rakyat yang memerlukan. "Apabila kita mementingkan diri akan bermula perpecahan dan membawa kepada kelemahan. Orang lemah ini akan menjadi makanan kepada orang kuat. Kita jangan membiarkan diri, masyarakat, bangsa berada dalam keadaan lemah. Kita yang mempunyai kekuatan mesti berusaha membantu mengangkat balik saudara-saudara sebangsa, seagama kita berdiri teguh tidak kurang dari bangsa lain. Inilah azam tekad yang ada di pihak Kerajaan Negeri hari ini untuk kita pastikan keadilan dan kesaksamaan sentiasa menjadi keutamaan kita dalam apa juga pengagihan program, projek, kerana kita nak semua rakyat rasa kerana slogan kita 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'," ujar beliau ketika merasmikan program ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, YB Hajah Halimaton Shaadiah Saad, Pengerusi BPN Bersatu Kedah, Dato' Mohd Suhaimi Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, Suhaimi Saudi dan Pengurus YAPIEM Kedah, Fauzi Adnan. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/24/2020, 7:27:05 PM 

Tiada ulasan