Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KDA FC UMUM SENARAI PEMAIN DAN JERSI AKHIR JANUARI ALOR SETAR - Pasukan Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) akan mengumumkan senarai pemain dan jersi secara rasmi pada akhir Januari akan datang. Umum Presiden KFA, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor ketika sidang media selepas Kongres KFA kali ke-45 di Wisma Darul Aman, hari ini. "Dari segi persiapan, pemain dan jurulatih kita telah selesai 99 peratus. Kalau tak dak aral melintang semua ini akan diumumkan pada 20 Januari 2021. Berkaitan format pada musim hadapan kita akan membuat persiapan yang rapi kerana ini adalah pengalaman pertama bagi KDA FC, " ujar beliau. Tambah beliau lagi, KDA FC bersungguh-sungguh dalam meneliti syarat yang telah ditetapkan oleh Football Association of Malaysia (FAM) dalam liga musim hadapan. Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan berkenaan dengan penangguhan pengumuman jersi adalah disebabkan berlakunya baju cetak rompak dan ini akan merugikan penaja. "Pasukan Kedah akan menjadi pasukan paling mantap dalam saingan musim depan dengan persiapan jurulatih, pemain-pemain yang kita telah pilih serta persiapan kewangan. Kita akan buktikan bahawa Kedah adalah pasukan bola sepak terbaik di negara ini," tambah beliau lagi. Turut hadir Timbalan Presiden KFA, Dato' Abdul Rahman Abdullah, Naib Presiden KFA, Khamal Idris Ali dan Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Firdaus Ahmad. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/24/2020, 11:09:45 PM 

Tiada ulasan