Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Alhamdulillah saban minggu Kuliah Dhuha Jumaat yang dianjurkan di Dewan Seri Mentaloon dihadiri oleh pencinta-pencinta ilmu. Beberapa minggu lepas, ketika hari pertama selepas lama kuliah dhuha terpaksa ditangguhkan akibat PKPD di Kota Setar, hujan turun lebat. Di kawasan parkir kereta, air naik sedikit sehingga ke buku lali. Masya Allah, dalam keadaan hujan begitu, masih ramai yang hadir walaupun tidak penuh hingga ke kapasiti yang dibenarkan. Terima kasih kepada semua yang hadir dengan patuh kepada SOP melawan COVID-19. Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke Dewan Seri Mentaloon, mereka boleh menonton siaran langsung atau rakaman di laman facebook Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/18/2020, 10:08:06 PM 

Tiada ulasan