Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


USAHA MENTERI BESAR KEDAH BERTEGAS MENJAGA ULU MUDA WAJAR DIPUJI ALOR SETAR – Konsep 'Payment for ecosystem services' yang merupakan pembayaran terhadap servis kepada pihak yang bertanggungjwab menjaga ekosistem demi kelangsungan sumber adalah perkara biasa yang diamalkan di mana-mana tempat apabila melibatkan perkongsian sumber dari ekosistem alam. Pengerusi Pertubuhan Lestari Khazanah Alam (LEKAS), Muhammad Zikri Ismail menyatakan perkara tersebut ketika menjawab soalan mengenai tuntutan Kedah terhadap isu air kepada Pulau Pinang dalam Wacana Bicara Rakyat tersebut. "Perkara ini ialah amalan yang biasa dibincang diperingkat akademik dan orang yang membuat polisi. Sebab itu adalah disiplin biasa, yang mana mencari satu solusi supaya alam sekitar dan sumber air dapat dijaga dengan baik." Beliau juga sempat memetik berita akhbar yang melapor Kelab Pencinta Alam yang diketuai oleh Prof Prof Dr. Ahmad Ismail memuji komitmen serta ketegasan Menteri Besar Kedah dalam memelihara keaslian hutan Ulu Muda seperti bertegas berkenaan jenis pokok yang tidak boleh ditebang, zon penampan serta pemeliharaan habitat lebah. Beliau turut mengulas mengenai keperluan kepada perjanjian semula kerana permintaan air yang semakin bertambah dengan pertambahan populasi dan pembangunan yang pesat. "Beban untuk memelihara hutan makin bertambah. Komitmen kewangan bagi pengurusan menjaganya juga bertambah," ujar beliau lagi. Muhammad Zikri turut merujuk kepada konsesus dunia iaitu 'Sustainable Development Goals (SDG) 17, Partnership For The Goals' yang menekankan nilai tanggungjawab dengan berkongsi tanggungjawab dalam mencapai kemakmuran bersama untuk menjaga Ulu Muda yang menjadi sumber air mentah. ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria turut menyebut pengorbanan Kedah bagi menyimpan hutan bagi membekalkan sumber air kepada pertanian, hidro dan juga sebagai sumber minuman kepada negeri-negeri sekitar seperti Pulau Pinang dan Perlis. Kedah menyediakan lebih 40 peratus daripada tanahnya bagi tujuan pertanian dan status tanah pertanian ini perlu dikekalkan kerana ia menjamin bekalan sumber makanan kepada rakyat Malaysia bukan hanya semata-mata untuk rakyat Kedah. Menurut YB Mejar Mansor lagi, pampasan tersebut dapat membantu ekonomi negeri dan secara tidak langsung mengeluarkan rakyat Kedah daripada zon kemiskinan. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/23/2020, 6:00:01 PM 

Tiada ulasan