Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MAJLIS SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR DAERAH KUALA MUDA KUALA MUDA - Majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir telah berlangsung di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pekan Lama semalam. Perasmian dan simbolik serahan sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, YB Dr. Robert Ling Kui Ee dan merangkap sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Sidam. Keluarga yang terkesan telah menerima bantuan secara "one off" yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Kuala Muda dan sumbangan terbesar dibuat oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani jumlah keseluruhan sekitar RM50,000. Beliau juga telah memaklumkan bahawa keperluan bagi menangani permasalahan banjir kilat telah dibawa ke Mesyuarat Kerajaan Negeri dan dipanjangkan kepada pihak Kerajaan Persekutuan. Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Muda, Haji Abdullah Hashim serta Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Syed Khairol Anuar Syed Abidin. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/23/2020, 2:00:00 PM 

Tiada ulasan