Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


SILAT GAYONG WARISAN NEGERI KEDAH GURUN - Exco Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia & Sukan dan Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Kedah, YB Mohd Firdaus Ahmad mengiringi Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal melawat Gelanggang Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di Guar Chempedak. Lawatan terbabit bersempena lawatan kerja Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia ke negeri Kedah, Jumaat lalu. Yang Dipertua Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) Mahaguru Utama,YM Datuk Dr. Raja Abdul Majid Md Isa menyambut baik kunjungan tersebut dan memberi penerangan ringkas berkaitan pertubuhan itu. Silat Pusaka Gayong bergerak di bawah Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung yang didaftarkan pada 1978 menjadi salah satu warisan yang perlu dipelihara sebagai jati diri warisan bangsa. Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Abdul Aziz Abdul Rahman. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/20/2020, 3:03:40 PM 

Tiada ulasan