Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
KUNJUNG HORMAT PERTUBUHAN GENERASI KITA BALING ALOR SETAR – Pertubuhan Generasi Kita Baling hadir kunjung hormat bertemu Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Ustaz Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden di Wisma Darul Aman, hari ini. Matlamat NGO ini adalah untuk menjaga kebajikan dan pendidikan rakyat khususnya di Baling. Mereka juga akan mengadakan bengkel kepada pelajar-pelajar ekoran daripada pandemik COVID-19 yang menyebabkan banyak pengajian terjejas. "Berbetulan kawasan Baling ini adalah kawasan luar bandar yang kalau boleh kita nak jadikan penggerak kepada dasar-dasar kerajaan dan boleh mengambil peluang dari Bajet 2021 untuk membantu masyarakat kelas pertengahan dan rakyat biasa di kawasan Baling," ujar Pengerusi Pertubuhan Generasi Kita Baling, Mohd Nazmi Abdul Ghani. Menurut beliau, pertemuan ini adalah untuk membincangkan cara dan inisiatif untuk membantu pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan. Tambah beliau, pertemuan ini mendapat sokongan yang baik daripada kerajaan Kedah untuk disampaikan kebaikan dan manfaat kepada rakyat. Ustaz Afnan turut memberi penerangan ringkas berkaitan perjalanan negeri dan hal ehwal pentadbiran Kedah terutamanya projek ladang rakyat dan permasalahan setempat di Baling. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/21/2020, 6:10:17 PM
Post a Comment