Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MAUTAPAU MALAYSIA KINI DI ALOR SETAR ALOR SETAR - Penyedia perkhidmatan penghantaran patuh syariah pertama dari Jitra ini telah melebarkan perkhidmatannya ke Alor Setar dan mula beroperasi pada 20 Disember baru-baru ini. Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, YB Dato' Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali di Kompleks Perniagaan ABC berhampiran Ampang Jajar. Upacara 'Flag Off' konvoi juga turut diadakan di mana seramai 20 orang rider Mautapau telah melalui jalan utama di Bandaraya Alor Setar dan berakhir di Restoran Kandar Haji Ramli, Jalan Stadium, Alor Setar. MauTapau kini memiliki lebih 50 orang rider dan 150 vendor makanan, peruncitan dan farmasi. Perkhidmatan MauTapau boleh dilayari di http://app.mautapau.com dan anda juga boleh memuat turun aplikasi tersebut melalui telefon bimbit. Sumber - Jalan-Jalan Cari Makan di Kedah - Rasmi -UPDA 12/20/2020, 9:37:31 PM 

Tiada ulasan