Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KEHARMONIAN KERAJAAN KEDAH PIMPINAN HAJI SANUSI ALOR SETAR - Rakyat Kedah kini dapat menikmati keharmonian hasil gabungan empat parti yang bekerjasama memerintah negeri ini. Ulas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Afnan Hamimi Dato Taib Azamudden ketika Wacana Inisiatif Bajet 2021 yang dipengerusikan oleh Penolong Eksekutif Urusetia Penerangan Darul Aman (UPDA), Khairul Anwar Jaafar di Pejabat UPDA baru-baru ini. "Kedah ini dia ada kombinasi empat pihak dalam politik. PAS, UMNO, BERSATU, PKN. Asasnya dibina atas empat parti. Keharmonian di Kedah ni sangat dirasai. Kita tak berkelahi di Kedah, kita tak berbalah antara satu sama lain, kita tak keluar pon kenyataan orang tu tikam orang ni. Walhal, Kedah ni ada empat pihak, "ujar beliau. Menurut beliau, Kedah dilihat akan menjadi kacau bilau apabila empat parti berada di tampuk pimpinan malah sebaliknya Kerajaan Kedah hari ini dilihat sangat tenang dalam mengedalikan kerajaan Perikatan Nasional. Tambah beliau lagi, keharmonian ini dapat dirasai kerana Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dan telah membina rangkaian kenalan bersama kakitangan kerajaan Kedah ketika suatu masa dahulu. "Saya kira ini satu bonus kepada Haji Sanusi, orang yang sama beliau membina jaringan rangkaian dulu, kini menjadi orang di atas. Ketika zaman Allahyarham Ustaz Azizan, mereka ini adalah orang yang bekerja bersama pada masa itu. Sekarang ini beliau berjumpa semula dengan pegawai-pegawai tersebut. Jadi hubungan yang telah terjalin itu tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menjalinkan kemesraan di antara Menteri Besar dengan pegawai-pegawai kerajaan, " tambah beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/21/2020, 10:00:02 PM 

Tiada ulasan