Header Ads

test

POTONGAN ZAKAT PENDAPATAN EXCO KERAJAAN NEGERI ALOR SETAR - Semua barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah membuat potongan zakat pe...


POTONGAN ZAKAT PENDAPATAN EXCO KERAJAAN NEGERI ALOR SETAR - Semua barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah membuat potongan zakat pendapatan secara terus kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman, potongan zakat pendapatan ini merupakan hasrat dan titah dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. "Titah ini adalah untuk memastikan semua penjawat awam (mereka yang berpendapatan) sama ada dari bentuk industri dan sebagainya yang menghasilkan pendapatan yang boleh dikira hasil zakat, Tuanku menitahkan supaya dibuat semakan dan dikenakan zakat pendapatan mengikut tafsiran zakat semasa,"ujar beliau. Menurut beliau, semua Exco Kerajaan Negeri telah menyahut titah tersebut dan telah menyerahkan borang zakat pendapatan yang diketuai oleh Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman, hari ini. "Ini bermakna di negeri Kedah, Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama yang bertangungjawab dalam pengurusan dan agihan zakat telah membuat potongan zakat pendapatan Tuanku sendiri dan diikuti oleh semua pimpinan yang di ketuai oleh Menteri Besar. "Semua pengurusan negeri Kedah tidak kira dari industri mana yang wajib membayar zakat telah melakukannya, "ujar beliau lagi. Beliau berharap agar dengan kaedah potongan zakat ini akan mengimbangi kadar kemiskinan di Kedah. Beliau juga memaklumkan berkenaan kejayaan terkini LZNK, YB Dato Paduka Ammar Dato Syaikh Muhammad Naim telah membentangkan kertas kerja di World Zakat Forum (WZF) International Conference 2020 yang dihadiri oleh 44 lebih negara. "Satu lagi kebanggaan CEO LZNK adalah terpilih mewakili Malaysia dalam menganggotai zakat dunia sebagai Timbalan Pengerusi WZF. Ini satu lagi peluang untuk kita menjayakan misi kerajaan negeri menjadikan Cordoba of Kedah," ujar beliau. Beliau juga yakin walaupun Malaysia merupakan negara yang kecil tetapi mampu memberi sumbangan yang besar kepada dunia. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/2/2020, 3:30:17 PM 

Tiada ulasan