Header Ads

test

POTONGAN GAJI ZAKAT PENDAPATAN OLEH YAB MENTERI BESAR DAN AHLI-AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KEDAH ALOR SETAR - Semua kakitang...


POTONGAN GAJI ZAKAT PENDAPATAN OLEH YAB MENTERI BESAR DAN AHLI-AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KEDAH ALOR SETAR - Semua kakitangan kerajaan, anak syarikat kerajaan negeri Kedah dan swasta membayar zakat pendapatan masing-masing melalui potongan gaji bulanan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bermula 18 Mei 2020 yang lalu. Menurut Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor ke bawah Duli Yang Maha Mulia telah menitahkan pada 4 Februari yang lalu supaya kakitangan kerajaan atau swasta membuat potongan gaji bulanan kepada LZNK. "Hal ini juga selari dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang telah bersetuju untuk menerima pakai pekeliling Arahan Wajib Pembayaran Zakat Pendapatan melalui potongan gaji bagi kakitangan kerajaan atau swasta yang beragama Islam. Untuk makluman semua, jumlah kutipan keseluruhan zakat pada tahun 2020 (pada jam 8.30 pagi ini) mencecah RM186 juta lebih dan daripada keseluruhan kutipan zakat ini, data menunjukkan bahawa zakat pendapatan merupakan antara sektor penyumbang terbesar sebanyak 56.2 peratus dengan jumlah RM105 juta lebih," ujar beliau ketika sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini. Maklum beliau lagi, kutipan zakat ini telah diagihkan kepada lebih 60 buah skim bantuan kepada semua asnaf yang memerlukan bagi menikmati teduhan hasil daripada kewajipan yang ditunaikan oleh pembayar zakat. "Saya juga yakin dan percaya dengan majlis ringkas yang kita adakan pada hari ini dapat menjadi satu bukti titik tolak bermulanya usaha kita semua dalam merealisasikan impian Kedah sebagai negeri "Tempat orang kaya berbakti, dan tempat orang miskin berteduh,"ujar beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/2/2020, 5:05:36 PM 

Tiada ulasan