Header Ads

test

PRESIDEN KFA UMUM LOGO RASMI KDA FC ALOR SETAR - Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) kini telah mempunyai logo rasmi yan...


PRESIDEN KFA UMUM LOGO RASMI KDA FC ALOR SETAR - Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) kini telah mempunyai logo rasmi yang dipilih dari pertandingan penjenamaan logo KDA FC yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) baru-baru ini. Pemenangnya, Ku Basri Ku Halim akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM 5000 yang ditaja Darul Murtadha, Sungai Petani. "Setelah mengambil kira semua pandangan serta pendapat pada peringkat jawatankuasa dan pengadil pertandingan logo yang dilantik, adalah dimaklumkan logo yang dibuat (ciptaan) saudara Ku Basri Ku Halim telah dipilih sebagai logo Kedah Darul Aman FC," ujar Menteri Besar Kedah yang juga merupakan Presiden KFA. Haji Sanusi memaklumkan perkara tersebut dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, petang tadi. "Penciptaan logo ini adalah perkara abstrak, kita perlu beri kepada ahlinya (pakar) yang menilai, logo tersebut adalah yang terbaik yang melalui semua proses dan telah dipilih menjadi logo rasmi," jelasnya lagi berkaitan proses pemilihan logo rasmi itu. Presiden KFA memaklumkan sebanyak 300 logo yang layak setelah melepasi syarat penyertaan, 20 daripadanya telah disenarai pendek oleh Jawatankuasa Penapisan Pemilihan Logo. Seterusnya setelah melalui beberapa tapisan daripada Jawatankuasa Pemisah FA ke FC, Jawatankuasa Penapisan Pemilihan Logo dan Pemilik FC serta Jawatankuasa Penyumbang dan Pemegang Konsortium (MBI Kedah). Dalam perkembangan yang sama, Presiden KFA menyatakan pasukan Kedah akan membuat pengumuman barisan pemain dan jurulatih pasukannya pada 15 Januari 2021 serta anggaran kos pembiayaan pasukan kurang dari 30 juta. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/16/2020, 10:55:01 PM 

Tiada ulasan