Header Ads

test

18 KELUARGA KUARANTIN COVID-19 MENERIMA BANTUAN BEKALAN MAKANAN LANGGAR - Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Pinang mengambi...


18 KELUARGA KUARANTIN COVID-19 MENERIMA BANTUAN BEKALAN MAKANAN LANGGAR - Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Pinang mengambil langkah awal membantu 18 keluarga yang sedang dikuarantin. Kesemua mereka menjalani kurantin di rumah masing-masing kerana mempunyai hubungan rapat dengan pesakit COVID-19. Serahan bantuan kali ini melibatkan dua kampung ialah Kampung Guar dan Kampung Alor Cina disini. Kaedah sumbangan bantuan makanan asas ini disampaikan dengan mematuhi SOP pihak kerajaan iaitu dengan meletakkan barang di suatu tempat dan hanya seorang wakil keluarga yang terlibat sahaja akan mengambilnya kemudian terus beredar ke rumah masing-masing. Turut hadir bersama menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Hutan Gelam, Che Fadhil Hashim. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/24/2021, 3:00:44 PM 

Tiada ulasan