Header Ads

test

KEDAH MENERIMA PELABURAN MENCECAH 40 BILION DI LANGKAWI ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah telah bersetuju untuk menerima satu ...


KEDAH MENERIMA PELABURAN MENCECAH 40 BILION DI LANGKAWI ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah telah bersetuju untuk menerima satu pelaburan baru di Langkawi daripada Widad Business Group Sdn Bhd . Syarikat tempatan tersebut akan membangunkan projek Widad@Langkasuka di tanah seluas 1979 ekar. Demikian pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) di Wisma Darul Aman hari ini. Katanya, 90% pembangunan adalah kawasan laut yang akan dibuat tebus guna untuk dibangunkan beberapa projek yang berimpak tinggi. "Pelaburan ini dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan mencecah sehingga pelaburan bernilai 40 bilion. "Difahamkan syarikat ini telah mengadakan usahasama dengan beberapa syarikat lain melibatkan pelaburan dalam dan luar negara yang akan membawa projek-projek baru di Pulau Langkawi." Kerajaan Negeri Kedah dengan usahasama Widad Group Sdn Bhd akan membangunkan satu lagi tarikan baru di Pulau Langkawi untuk merancakkan lagi industri pelancongan selaras dengan pengiktirafan Langkawi sebagai UNESCO Global Geopark. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/20/2021, 3:48:06 PM 

Tiada ulasan