Header Ads

test

PKOB BUKA DI SEMUA PEJABAT DAERAH DI KEDAH ALOR SETAR - Kerajaan Kedah memutuskan kepada semua Pejabat Daerah untuk membuka Pu...


PKOB BUKA DI SEMUA PEJABAT DAERAH DI KEDAH ALOR SETAR - Kerajaan Kedah memutuskan kepada semua Pejabat Daerah untuk membuka Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi mengendalikan bantuan dan keperluan rakyat Kedah sepanjang Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung bermula 22 Januari hingga 4 Februari 2021. Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, terdapat perubahan di dalam SOP sepanjang PKP di Kedah terutamanya berkaitan sektor ekonomi untuk memberi ruang yang lebih besar bagi menjana pendapatan rakyat. "Semua perayaan sepanjang PKP tidak dibenarkan berlangsung dan hanya dibenarkan berdasarkan SOP yang ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kita akan menghadapi perayaan Thaipusam khususnya penganut agama Hindu. Upacara sembahyang di kuil hanya dibenarkan satu pertiga kapasiti kuil. Kalau kuil itu muat untuk 100 orang, kapasiti sebanyak 33 orang sahaja dibenarkan. Upacara berarak di jalan juga tidak dibenarkan," ujar beliau ketika sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini. Tambahnya lagi, perayaan Hari Raya Cina pada 12 Februari juga tidak dibenarkan berjalan seperti biasa. Beliau juga memaklumkan bahawa semua Pusat Khidmat DUN akan beroperasi seperti biasa secara pandu lalu kepada semua rakyat dan tidak akan diadakan majlis penyampaian sumbangan tersebut. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/20/2021, 5:30:51 PM 

Tiada ulasan