Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PENYERAHAN SUMBANGAN PENDIDIKAN DUN JENERI JENERI- Seramai 306 orang murid menerima sumbangan berupa kelengkapan set pakaian sekolah daripada Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor pada majlis penyerahan Sumbangan Back To School anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri di Sungai Pau petang tadi. "Ingat masuk universiti cari ilmu, belajar rajin-rajin, supaya nanti berjaya boleh balas balik pengorbanan mak ayah kita. Ingat mak ayah kita kerja menoreh nak bagi anak masuk universiti, mak ayah sanggup berhutang, jual lembu, ada tanah sikit-sikit pun jual," ujar beliau kepada semua penerima sumbangan. Dalam program yang sama, Haji Sanusi yang juga merupakan ADUN Jeneri turut menyampaikan sumbangan kepada 114 orang mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. "Setiap anak apabila nak masuk universiti, besar harapan mak ayah kepada kita. Mereka berkorban bagi ilmu dan peluang pelajaran kepada kita, supaya balik kampung nanti kita merubah perjalanan hidup keluarga kita. ''Pak saya dulu sebelum saya masuk universiti jual motosikal. Kakak sulung saya ketika nak masuk universiti, pak saya jual lembu, hutang dengan pemilik kilang semata-mata nak bagi anak-anak masuk universiti," sambung Haji Sanusi memberi peringatan. ' Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/17/2021, 11:09:40 PM 

Tiada ulasan