Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PENJAWAT AWAM NADI PENGGERAK SLOGAN 'KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA' ALOR SETAR – Penjawat awam merupakan salah satu nadi penggerak Kerajaan Negeri dalam melaksanakan slogan 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' bagi memastikan nikmat kesejahteraan dapat dirasai secara lebih menyeluruh oleh semua rakyat Kedah tanpa mengira apa jua latar belakang. Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata sedemikian dalam Majlis Perhimpunan Pagi Penjawat Awam Negeri Kedah dan Majlis Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu Peringkat Negeri Kedah Darul Aman di Wisma Darul Aman, hari ini. Beliau juga menerangkan dasar Kedah Sejahtera dimateri dengan enam teras iaitu Al-Huriyah (Bebas), Al-Adalah (Adil), Al-Salamah (Selamat), Al-Mai'yah (Bersama), Al-Insijam (Harmoni), Al-Numuw wa al-Barakah (Makmur). "Dalam mentadbir negeri, sifat Siddiq (benar), Amanah, Tabligh (menyampai), dan Fathonah (bijaksana), perlu ada dalam kalangan Pegawai Tadbir Negeri. Inilah sifat yang dimiliki oleh Rasulullah SAW ketika mentadbir negeri, " ujar beliau. Dalam masa yang sama, Kempen Pembudayaan Norma Baharu ini bertujuan meningkatkan kesedaran kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat sebagai frontliner atau individu barisan hadapan COVID-19 di Malaysia. "Saya mengambil kesempatan di sini untuk menyeru semua ahli politik, pemimpin masyarakat, ketua agama dan pemimpin NGO untuk sentiasa menyeru kepada pengamalan norma baharu dan disebarkan kepada semua rakyat. Berkaitan SOP di Langkawi, saya telah memaklumkan kepada Exco Pelancongan, YB Mohd Firdaus Ahmad untuk mengambil serius terhadap pematuhan SOP khususnya feri bagi mewujudkan penguat kuasa di dalam feri, " ujar beliau ketika sesi sidang media selepas majlis berlangsung. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #jadilahpemutusbukanpencetus -UPDA 1/7/2021, 1:33:04 PM 

Tiada ulasan