Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA PENGHUNI PERUMAHAN GENERASI BAHARU FELDA LAKA SELATAN DAERAH KUBANG PASU JITRA - Kerajaan negeri Kedah tidak mengetepikan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam menikmati kesejahteraan, kemakmuran dan beberapa prinsip lain seiring dengan slogan dasar Kerajaan Negeri iaitu 'Kedah Sejahtera - Nikmat Untuk Semua'. Ujar Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor di dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Penghuni Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) di FELDA Laka Selatan hari ini. Maklum beliau, di Kedah terdapat 10 tanah rancangan dengan jumlah 3,185 keluarga peneroka. Dengan jumlah yang agak besar ini telah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan kesemua warga peneroka dari Laka Selatan hingga ke Gunung Bongsu mendapat manfaat seperti rakyat Kedah yang lain. "Saya maklum bahawa ada banyak insiatif daripada pihak FELDA untuk membantu warga peneroka. Ini termasuk Program Pembangunan Peneroka yang berupa Projek Tanaman Cili secara plasma yang melibatkan seramai 85 peneroka di Laka Selatan ini. Walaupun tambahan pendapatan antara RM150 hingga RM300 sahaja sebagaimana saya difahamkan, saya kira ini sesuatu yang perlu kita syukuri kerana ia sangat membantu dalam keadaan seperti sekarang, " ujar beliau. Ulas beliau lagi, Kerajaan Negeri memberi jaminan akan menyokong dan bekerjasama dengan FELDA yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai 'economic hotspots' bagi merapatkan jurang pendapatan dan pembangunan antara kelas, kaum dan wilayah di negeri Kedah. "Suka saya hendak menasihatkan generasi-generasi baharu FELDA Laka Selatan terutamanya, juga warga FELDA yang lain amnya, sebagai penyumbang penting kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat, dapat bergerak bersama dengan kerajaan untuk kita bina komuniti yang lebih baik, maju, dan sejahtera, " ujar beliau. Dalam masa yang sama juga beliau mengalu-alukan FELDA untuk melaksanakan aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WBK2030) menerusi 15 aktiviti Pertumbuhan Utama Ekonomi, dalam apa jua bidang, terutama yang melibatkan sektor teknologi dalam pertanian atau pertanian pintar. Turut hadir, Pengerusi FELDA, Dato' Seri Idris Jusoh, Pengarah Besar FELDA, Dato' Amiruddin Abdul Sattar, Pengurus Besar FELDA Wilayah Alor Setar, Izham Ramli dan Ketua Peneroka FELDA Wilayah Alor Setar, Saidan Mat. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/6/2021, 11:08:13 PM 

Tiada ulasan