Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MB SERU TUNAI SOLAT HAJAT DAN BERMUNAJAT ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menyeru rakyat Kedah untuk bersama-sama melaksanakan dan bermunajat di kediaman masing-masing sebagai usaha untuk menangani penularan Covid-19, mengatasi masalah ekonomi, alam sekitar, pengurusan manusia dan alam. Beliau menyatakan sedemikian ketika berucap di Majlis Seruan Munajat di surau Kediaman Menteri Besar Kedah, semalam. ''Saya ingin menasihati orang ramai supaya tidak berada di kawasan yang sesak, dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerana Covid ini berjangkit melalui mata, hidung dan mulut serta sentiasa memakai pelitup muka kerana virus ini berjangkit dengan cepat (Super Spreader)''. Katanya, hari ini sahaja terdapat 2 Kluster baharu iaitu Kluster Belantik dan Kluster Baru di Sungai Petani. ''Tuan Guru Nik Aziz berpesan doa seorang pemimpin, khalifah itu termakbul dan yakin Ulul Amri yang dimaksudkan oleh ayat Allah merujuk kepada para ulama dan pemimpin yang bersatu padu untuk menggembeling tenaga dan kerjasama. ''Saya mendoakan semoga majlis ini diberkati dan Inshaallah Allah akan memberi jalan keluar serta memudahkan segala urusan kita," ujarnya. Seramai 20 orang terdiri daripada Menteri Besar Kedah, Imam Masjid Zahir, Ahli Dewan Negara, Ahli-ahli Exco dan beberapa Ulama' menyertai majlis ini. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/22/2021, 11:47:39 AM 

Tiada ulasan