Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


SEKTOR PENDIDIKAN DI KEDAH DIPERHALUSI DENGAN LEBIH TERPERINCI ALOR SETAR - Sektor pendidikan, sumber manusia dan agama akan diperhalusi dengan lebih terperinci dan tuntas. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, YB Brigadier Jeneral (B) Dato' Najmi Ahmad berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Kumpulan Pemikir Jawatankuasa Agama Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, baru-baru ini. Menurut Dato' Najmi, kumpulan pemikir yang terdiri daripada ilmuwan dan profesional ini akan membantu melicinkan lagi pentadbiran Kerajaan Negeri khususnya dalam tiga porfolio berkenaan. Antara yang menganggotai kumpulan itu adalah Mufti Negeri Kedah, Dato' Paduka Syeikh Fadzil Haji Awang, Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Dato' Wan Muhammad. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/19/2021, 2:00:57 PM 

Tiada ulasan