Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


LAWATAN KERJA MB KEDAH KE PULAU-PULAU DAERAH YAN YAN – Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor membuat lawatan kerja ke pulau-pulau di Daerah Yan, semalam. Tujuan lawatan ini adalah untuk mempromosikan Pulau Songsong, Pulau Telor dan Pulau Bidan yang menarik ini bagi merancakkan sektor pelancongan domestik. Haji Sanusi turut dibawa melihat kawasan sekitar pantai yang perlu dibangunkan dan diberi taklimat berkaitan keunikan pulau-pulau ini yang berada bawah parameter Jerai Geopark. Turut hadir, Pegawai Daerah Yan, YM Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah, ADUN Sungai Limau, YB Mohd Azam Abd Samat, ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Ghazali, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, Haji Mohd Fauzi Mustafa dan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah), Syed Amaluddin Hafeez Syed Musa. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/6/2021, 9:14:21 AM 

Tiada ulasan