Header Ads

test

SYARIKAT TEMPATAN BAKAL TERAJUI KDA FC JITRA – Presiden KFA, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor bersedia memberikan pemilikan Kela...


SYARIKAT TEMPATAN BAKAL TERAJUI KDA FC JITRA – Presiden KFA, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor bersedia memberikan pemilikan Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) kepada syarikat Go Auto Group dan Flumen Holding Sdn.Bhd dengan pemilikan majoriti saham sebanyak 80 peratus. Haji Sanusi berkata, syarikat tersebut datang memberi taklimat berkaitan dengan pelaburan kenderaan berteknologi berasaskan elektrik. Pelaburan tersebut dijangka anggaran RM1.5 bilion. "Secara dasarnya kerajaan bersetuju untuk kemasukan pelabur ini dan kita bersedia memberi laluan tanah PKNK keluasan 300 hektar di Sungai Petani dan kita bersedia untuk berunding dengan lebih lanjut dengan syarikat terbabit untuk membawa masuk teknologi terbaru khususnya kenderaan berasaskan elektrik ke negeri Kedah. Syarikat ini juga bersetuju untuk mengambil alih KDA FC 80 peratus yang kita tawarkan kepada syarikat-syarikat berminat untuk memiliki syarikat bola sepak di Kedah ini," ujar beliau ketika sesi sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Penghuni Perumahan Generasi Baharu FELDA di FELDA Laka Selatan, hari ini. Beliau juga mengalu-alukan secepat mungkin syarikat berkenaan untuk membuat rundingan bersama Perbadanan Menteri Besar (MBI) bagi melancarkan proses perjalanan KDA FC. Pemilihan kedua-dua buah syarikat ini berdasarkan rekod dan potensi kewangan, perancangan pembangunan perniagaan dan aktiviti pelaburan untuk ekonomi negeri Kedah. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/6/2021, 9:28:08 PM 

Tiada ulasan