Header Ads

test

TAPAK KUIL TAMAN LADANG HENRIETTA DILULUSKAN ALOR SETAR - Permohonan satu tapak kuil hindu di Taman Ladang Henrietta, Padang Se...


TAPAK KUIL TAMAN LADANG HENRIETTA DILULUSKAN ALOR SETAR - Permohonan satu tapak kuil hindu di Taman Ladang Henrietta, Padang Serai telah diperhalusi oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) mengikut proses yang dikehendaki oleh undang-undang dan diluluskan dalam Majlis Ahli Mesyuarat Kerajaan (MMK). ''Apa-apa permohonan berkaitan tapak rumah ibadat perlu dibuat dengan betul mengikut peraturan dan undang-undang,'' ujar Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ahli Kerajaan di Wisma Darul Aman hari ini. YAB berharap kelulusan ini menjadi satu proses penting kepada semua pemerintah dalam sistem pentadbiran kerajaan. Menurutnya, mana-mana rumah ibadat yang tidak mengikut proses ini lambat laun akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan akan menjadi isu yang tidak sepatutnya terjadi sekiranya proses ini dibuat dari awal. ''Saya berharap pihak yang suka sangat mempolitikkan tapak rumah ibadat Islam atau bukan Islam berhenti untuk menyalahkan kerajaan, menuduh 'racist', tidak bertimbang rasa dan tidak boleh bawak berbincang," katanya lagi kepada wartawan UPDA. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/12/2021, 5:07:34 PM 

Tiada ulasan