Header Ads

test

RUNDINGAN PEMILIKAN KDA FC DIMUKTAMADKAN SEGERA ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berharap run...


RUNDINGAN PEMILIKAN KDA FC DIMUKTAMADKAN SEGERA ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berharap rundingan antara KDA FC dengan Go Auto Group dan Flumen Holding Sdn. Bhd dapat dimuktamadkan segera. Katanya dalam sidang media hari ini, "rundingan tersebut perlu dimuktamadkan sebelum musim akan datang bermula." Beliau juga menegaskan bahawa segala kemungkinan berkaitan ketetapan perlawanan akan dipatuhi samada kejohanan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dapat berjalan seperti biasa atau ditangguhkan. Menerusi sidang media yang sama, kerajaan negeri mengambil maklum akan pengisytiharaan yang telah dibuat oleh kerajaan persekutuan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menggesa agar memelihara kesihatan dan keselamatan rakyat. "Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen sahaja digantung apabila Ordinan Darurat berkuatkuasa sehingga Ogos ini. ''Walaubagaimanapun pentadbiran berjalan seperti biasa'' katanya lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/12/2021, 7:00:01 PM 

Tiada ulasan