Header Ads

test

Usai bertugas, kami singgah ke satu warung dalam perjalanan pulang. Bertugas di bawah panas terik matahari, tekak cepat kering. ...


Usai bertugas, kami singgah ke satu warung dalam perjalanan pulang. Bertugas di bawah panas terik matahari, tekak cepat kering. Kakak warung datang untuk mengambil pesanan makanan dari kami. Seorang sahabat kami terus memesan, "Ayaq menet ketik lidah, nyit-nyit satu". Kakak warung hanya tersenyum kerana loghat hulu Kedah sahabat kami itu tak menjadi.🤭 'Ayaq menet' sememangnya terkenal di utara Semenanjung ini. Nostalgia bagi sesiapa yang lahir sekitar tahun 60an, 70an dan 80an. Ia dijual dalam dua kupang (20 sen) hingga 4 kupang (40sen) sahaja. 'Ayaq menet' adalah air berperisa karbonat. Pelbagai perisa antaranya 'Ice Cream Soda', 'Oren', 'Sarsi, dan 'Rose'. Tapi hat paling sedap dan paling oqhang dok caqhi nih perasa 'Ice Cream Soda'.😉 #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #streetphotography -UPDA 1/1/2021, 5:00:20 PM 

Tiada ulasan