Header Ads

test

KEDAH MOHON KXP DIKECUALIKAN NASP ALOR SETAR – Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) meluluskan Pelan Pembangunan Projek La...


KEDAH MOHON KXP DIKECUALIKAN NASP ALOR SETAR – Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) meluluskan Pelan Pembangunan Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) di Wisma Darul Aman, semalam. Pelaksanaan KXP terpaksa ditangguhkan disebabkan KXP tertakluk di bawah National Airport Strategic Plan (NASP). "Buat masa ini, sepanjang pengetahuan saya MOT masih belum memulakan NASP. Dijangka NASP akan mengambil masa tiga tahun iaitu pada tamat pada 2024. Jadi permohonan kita selanjutnya kepada Kerajaan Persekutuan ialah KXP dikecualikan daripada NASP," ujar beliau ketika sidang media di Wisma Darul Aman, semalam. Maklumnya lagi, perbelanjaan besar bernilai RM21 juta telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri sepanjang melaksanakan semua kajian yang berkaitan dengan projek tersebut. Ogos yang lalu, projek KXP ini telah dibentangkan kali pertama dalam Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN). Kemudian November diluluskan secara dasar di dalam MPFN. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 2/18/2021, 4:00:01 PM 

Tiada ulasan