Header Ads

test

KFA TAMATKAN RUNDINGAN PEMILIKAN SAHAM 80 PERATUS KDA FC ALOR SETAR - Proses rundingan pengambil alihan 80 peratus saham Kedah ...


KFA TAMATKAN RUNDINGAN PEMILIKAN SAHAM 80 PERATUS KDA FC ALOR SETAR - Proses rundingan pengambil alihan 80 peratus saham Kedah Darul Aman (KDA) FC oleh syarikat tempatan ditamatkan dengan segera. Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata beliau tidak dapat meneruskan rundingan tersebut disebabkan permintaan yang tidak dipersetujui oleh Kerajaan Negeri. "Saya telah memutuskan untuk tidak meneruskan rundingan tersebut dan Pasukan Bola Sepak Kedah akan dikendalikan sepenuhnya oleh KDA FC. "Permintaan oleh syarikat tersebut tidak dapat dipenuhi oleh KFA dan kerajaan negeri," ujar beliau ketika sidang akhbar selepas mesyuarat majlis mesyuarat di Wisma Darul Aman, hari ini. Menurut beliau, syarikat tersebut membuat permintaan besar untuk diluluskan yang membawa kerugian kepada rakyat dalam jangka masa yang panjang. Beliau juga membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang ingin membuat rundingan dengan KFA untuk pemilikan saham KDA FC tersebut. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/17/2021, 5:03:49 PM 

Tiada ulasan